Sabtu, 18 Mac 2017

Video Siti Kasim Dan Wakil Penganjur 'Bertikam Lidah', Debat Terhenti Seketika

Debat anjuran NGO BEBAS, diadakan di Petaling Jaya yang mneyaksikan dua pihak bersetuju mengenai pindaan RUU 355 iaitu peguam, Lukman Sheriff Alias dan Aidil Khalid manakala dua pihak lagi menentang ialah Datuk Ambiga dan Haris Ibrahim.

Berlaku pertengkaran kecil diantara Peguam, Siti Kasim dan wakil penganjur ketika debat RUU 355 berjalan apabila pihak penganjur cuba 'menenangkan' Siti yang dilihat mencelah ketika debat berlangsung.

Ini menyebabkan debat yang sedang berlangsung berhenti seketika. Namun ia diteruskan setelah semua selesai.

Sebelum itu seorang peguam, Lukman yang menyokong usul RUU 355 berkata RUU 355 berfungsi hanya untuk meningkatkan had hukuman dan ia tidak memperkenalkan sebarang kesalahan baru.Malaysiakini 
loading...