Isnin, 6 Mac 2017

Wanita Jalan Berbogel Sekitar Taman Universiti Ditahan Polis

Kuala Lumpur: Polis menahan wanita warganegara Vietnam yang berjalan dalam keadaan bogel di sekitar Taman Universiti Garden, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Tindakan aneh wanita berusia 30 tahun itu dipercayai dilakukan kira-kira 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari.

Menurutnya, tidak sampai beberapa minit, wanita Vietnam itu berjaya ditahan sebelum kemudiannya dibawa ke Balai Sungai Way oleh seorang daripada anggota bertugas.

“Polis kemudian membuat keputusan untuk membawa wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit dikenali sebagai Fun Hau dan ketika diperiksa tiada sebarang pasport ditemui.-Harian Metro

loading...