Rabu, 29 Mac 2017

Wanita Maut Ketika Buat Pembedahan Buah Dada Dan Punggung.

Manila: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 29 tahun mati selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik pada satu sesi, Ahad lalu.

Menurut laporan Philippine Star, wanita jelita itu, Shiryl Saturnino, menjalani pembedahan buah dada, punggung dan proses menyedut lemak di sebuah klinik di Mandaluyong City, timur Manila.

Selepas pembedahan itu bermula pada 5 petang sehingga 2.40 pagi itu, doktor mendapati jantung Saturnino berhenti dan selepas beberapa percubaan memulihkan denyutan jantungnya gagal, wanita itu dihantar ke Pusat Perubatan Makati, namun sudah terlewat dan Saturnino diisytihar meninggal dunia pada 3.21 pagi.

Pihak berkuasa kini menunggu hasil bedah siasat bagi melengkapkan siasatan, termasuk kemungkinan kecuaian doktor atau sebab lain.

Menurut kenyataan Icon Clinic kepada Inquirer.net, Saturnino ialah pelanggan tetap yang menjadi keutamaan klinik itu sejak beberapa tahun lalu.-Harian Metro



loading...