Sabtu, 18 Mac 2017

Wanita Sarat Mengandung 8 Bulan Tikam Perut Sendiri

Geram dan sakit hati dengan perangai suami seorang ibu muda yang sarat mengandung 8 bulan sanggup menikam perutnya sendiri menggunakan pisau dapur.

Kejadian yang berlaku di desa Malabo Aceh Barat hanya diketahui oleh adik mangsa Maisyaroh 21 tahun yang tinggal sebumbung dengan mangsa yang dikenali sebagai Siti 26 tahun.

Menurut Maisyaroh kakaknya itu sakit hati setelah melihat gambar suaminya yang bermesra dengan wanita lain.

Abang ipar mahu mengirim gambar itu kepada orang lain (kekasih gelap) tetapi tersalah kirim ke no kakak katanya.

Katanya, dia menemui kakaknya itu dalam keadaan pengsan dengan pisau tertancap di perut.

Dia yang panik melihat keadaan cuba meminta tolong jiran mereka untuk membawa mangsa kehospital.

Bagaimanapun mangsa dan bayi dalam kandungan tidak mengalami luka serius,hanya saja mangsa harus di rawat dihospital untuk beberapa hari selanjutnya

Sementara Pihak polis Teguh Okriam mengesahkan terdapat kejadian tersebut dan sudah pun menahan Suami mangsa Rahmat 29 tahun dan mengaku bersalah atas kesilapanya.
loading...