Sabtu, 1 April 2017

3 Gambar Bapa Tunggal Maut Rempuh Belakang Ford Ranger Ketika Beli Sarapan.

KEMAMAN - Seorang nelayan maut selepas motosikal jenis Honda Dash yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger di Kilometer 121, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Baru Kemasek dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Nazri Muhammad, 37, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Nazri yang merupakan seorang bapa tunggal dipercayai dalam perjalanan untuk membeli sarapan di gerai di Kampung Baru Kemasek dari rumahnya di Kampung Pantai, Kemasek dekat sini.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa dikatakan tidak sempat mengelak kenderaan Ford Ranger yang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah.


"Rempuhan di belakang kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE


loading...