Rabu, 5 April 2017

3 Gambar Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman.

Kuala Selangor – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan luka di beberapa bahagian badan dalam kawasan kebun kelapa sawit, Taman Sinaran, Batang Berjuntai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mayat A. Sukumaran, 34, atau lebih dikenali sebagai Katharajah dijumpai kira-kira pukul 7.15 pagi oleh seorang wanita.

“Mayat tanpa baju dan berseluar pendek itu ditemui dalam keadaan terlentang di atas tanah. Siasatan awal mendapati terdapat beberapa kecederaan fizikal termasuk kesan tikaman di bahagian tengah dada dan beberapa luka kecil di bahu dan belakang badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya.

Ruslan berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa telah diserang oleh dua suspek di hadapan rumahnya di Jalan Rawa, Taman Sinaran, Batang Berjuntai, di sini kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek yang telah dikenal pasti sedang dijalankan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Kosmo


loading...