Rabu, 26 April 2017

3 Gambar: Rihanna Dikecam Ubah Ratu Elizabeth Tanpa Bra

Penyanyi Rihanna dikecam hebat oleh pengguna alam maya selepas mengubah beberapa keping gambarnya berpakaian seksi kepada wajah Ratu Elizabeth II.

Penyanyi wanita itu menyunting gambar dirinya yang sedia ada dan menggantikan imej wajahnya dengan raja British berusia 91 tahun itu.

Sebanyak lima keping gambar “seksi” Ratu Elizabeth dimuat naik ke Instagram milik penyanyi terkenal itu dan dikongsikan kepada seramai 52.4 juta pengikutnya di Instagram.

Adalah dipercayai gambar-gambar tersebut dimuat naik bersempena sambutan ulangtahun ke-91 Ratu Elizabeth yang jatuh pada 21 April lalu.

Antara gambar tersebut adalah gambar Rihanna memakai skirt dan jaket tanpa memakai pakaian dalam yang ditampal dengan wajah ketua negara Komanwel itu.

Tatu Rihanna juga jelas kelihatan pada gambar berkenaan yang diletakkan kapsyen berbunyi “Ia bukanlah dalam pun”.

Satu lagi imej Raja British memakai kot berbulu berwarna hijau yang dipadankan dengan but tinggi dengan kapsyen “Merendah diri”.

Tidak cukup dengan itu, Rihanna kemudian memuat naik satu lagi gambar Ratu Elizabeth berkaca mata jenama Dior dan bertopi dengan kata-kata: “Pembenci akan kata ia adalah Photoshop.”

Sejak gambar-gambar itu disiarkan di Instagram, ia mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna alam maya.

Walaupun sesetengah peminat menganggapnya lucu, ramai yang menggelar perbuatan Rihanna sebagai biadap.

Salah seorang pengguna Instagram memberi komen “Dia (Rihanna) masih dengan perkara Bulls*** yang tak melucukan ini.”-Malaysiakini
loading...