Ahad, 2 April 2017

3 Polis Diserang Sekumpulan Lelaki Di Hadapan Pusat Hiburan

Kuala Lumpur – Tiga anggota polis cedera diserang sekumpulan lelaki di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi, Bangsar.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, tiga mangsa yang bertugas di Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (STAGG), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dikatakan baru selesai menjalankan tugas risikan di kawasan berkenaan.

Sumber berkata, dengan tiba – tiba sekumpulan lelaki bersenjatakan batang kayu dan botol kaca menyerang tiga anggota itu.

“Semua suspek bagaimanapun melarikan diri selepas salah seorang mangsa mengeluarkan pistol selain menjerit perkataan polis.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan kecemasan selain menerima jahitan di kepala,” katanya kepada Harian Metro.
loading...