Khamis, 20 April 2017

5 Gambar Kelindan Lori Putus Kaki Dan Tangan

Sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan tangan mangsa kemalangan yang terputus dan tersepit di kilometer 231.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.00 pagi itu, tangan kiri mangsa berusia lingkungan 20an disedari tersepit dan mangsa pula segera dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Menurut sumber, mangsa iaitu kelindan lori mengalami kecederaan parah susulan kemalangan berkenaan iaitu putus kaki kiri serta tangan kiri.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital oleh ambulans. Pasukan bomba dihubungi susulan tangan mangsa masih tersepit dan gagal dikeluarkan,” katanya.

Susulan insiden membabitkan dua buah treler berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Mohd Fairuz Abu Kasim dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Mohd Fairuz berkata, sebaik tiba tangan mangsa dilihat tersepit di pintu lori yang mana bahagian berkenaan sudahpun tertanggal dari kepala lori.

“Kita mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan perlatan khas dan turut mengutip cebisan organ mangsa,” katanya.
loading...