Sabtu, 15 April 2017

6 Gambar Selamba Lari Barang Kemas Dalam Bakul Motosikal.

Seberang Jaya – Tiga penjenayah melarikan beberapa dulang barang kemas dalam kejadian rompak sebuah kedai emas di Taman Chai Leng Park, Prai, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.40 pagi itu, penjenayah membawa lari dulang barang kemas dengan menaiki dua motosikal.

Difahamkan, penjenayah menggunakan pistol ketika melakukan rompakan.

Menurut saksi, penjenayah meletakkan dulang barang kemas itu di bakul hadapan motosikalnya.


Bagaimanapun jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Harian Metro
loading...