Jumaat, 7 April 2017

8 Gambar Lindsay Lohan Pakai Burkini Di Pantai Phuket

Pelakon The Mean Girls Lindsay Lohan menjadi perhatian media apabila mengenakan burkini, sejenis pakaian renang khas untuk wanita Islam yang menepati ciri menutup aurat di sebuah pantai di Phuket, Thailand.

Walaupun Lohan masih berdiam diri mengenai status agamanya, dia dalam satu temuramah pernah mengaku sedang mendalami agama Islam selain dilihat berhijab dan menjunjung Al-Quran ketika berada di Turki.

Terbaru di Phuket itu, Lohan yang sedang bercuti dilihat berada di pesisir pantai untuk sesi belajar papan dayung ‘paddle boarding’ dengan pakaian renang lengkap menutup aurat.


Bagaimanapun, dalam laman sosial Instagramnya, Lohan didapati memuatnaik gambar percutiannya dalam pakaian renang moden iaitu bikini.

Lohan juga dilihat masih bersosial seperti biasa kecuali dalam sesi “paddle boarding” tersebut.

Pada Ogos 2009, seorang wanita di Perancis dihalang daripada berenang di kolam renang awam kerana memakai burkini. Ia menyebabkan berlakunya beberapa kontroversi berkaitan pakaian renang.


Pada 2014, beberapa pengendali kolam renang juga mengharamkan pengunaan burkini atas sebab kebersihan yang turut menyebabkan kontroversi politik di negara itu.
loading...