Sabtu, 1 April 2017

Air Mata Munaria “Saya Baru Tahu Suami Dah Meninggal”

Air mata Munaria tak terbendung ketika tiba petang tadi di kediaman arwah suaminya Akbar yang maut ditelan ular sawa sepanjang 7 meter pada malam Isnin yang lalu.

Muna datang bersama dua orang anak puterinya Putri Asawiyah Azisah Akbar 5 tahun dan Nur Aqifah Naila Akbar 3 bulan.

Baru semalam dia mengetahui bahawa suaminya itu telah meninggal selepas dia dimaklumkan oleh adiknya Rusdi yang datang kekampung berkenaan.

Beliau berkata dia tidak tahu pun bahawa suaminya sudah meninggal, Muna dan anaknya hanya mampu menatap bekas tempat pembaringan jenazah Akbar.

Kumpul wang demi sambut Ramadhan Bersama.

Disebalik kisah kematian Akbar terdapat beberapa pengorbanan seorang suami sekaligus seorang ayah yang cukup menyedihkan.

Akbar memetik buah pada hujung minggu lalu rupa-rupanya untuk duit tambang ke tanah Luwu bertemu isteri dan anaknya.

Impian bertemu bayi sekaligus merancang menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga tidak kesampaian.

Ayah Akbar,Muh Ramli 50 tahun, berkata pada pemberita ,anaknya itu telah mengirimkan duit kepadanya sejak dua bulan lalu.

Apabila ditanya, Akbar berkata duit itu adalah untuk perbelanjaan mereka bagi menyambut bulan Ramadhan di kampung isterinya kelak.

Tiga bulan sebelum kematian, Akbar menghantar isterinya kekampung untuk bersalin.

Akbar kembali ke Salubiro selepas 10 hari kelahiran anak keduanya untuk bekerja.

Akbar dimata isteri dan keluarga adalah seorang yang pendiam dan lurus bendul, dia sabar walau apa sahaja masalah yang menimpanya dan tidak pernah memarahi isterinya.

Walaupun dia pendiam tapi dia adalah seorang lelaki yang bertanggung jawab, sayang kepada keluarganya.

Apa sahaja yang diminta oleh anaknya pasti dia tunaikan.

Firasat kematian Akbar.

Sebelum kematian, Akbar Bin Ramli 25 tahun menunjukkan sikap yang berbeza dari kebiasaan ketika berangkat dari rumah ke kebun sawit.

Bapa saudara Akbar Adhan Andi Sirajuddin 45 tahun yang merupakan seorang pemburu ular sawa,sememangnya merasakan seperti ada sesuatu yang bakal menimpanya.

Kali terakhir dia bertemu Akbar, beliau sempat melarang untuk Akbar pergi memetik buah, tapi dengan alasan Akbar yang mahu segera mengumpul duit untuk bertemu isteri dan anak membuat Adhan tidak dapat melarang.

Saya sempat memerhati dia dari belakang hingga dia hilang dari pandangan, rupa-rupanya itulah terakhir kali saya melihatnya,katanya

loading...