Sabtu, 22 April 2017

Akhirnya Dzulfikar Dipinang Gadis Itali Setelah Dua Tahun Menjalin Cinta Di Facebook

Terdapat pepatah yang mengatakan perigi mencari timba jika wanita yang mencari lelaki., tetapi tidak salah jika berlaku begitu jika mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Itulah yang berlaku kepada seorang gadis cantik bernama Ilaria yang berasal dari Itali, dia dengan sengaja datang dari negaranya untuk meminang Dzulfikar sebagai suami yang merupakan penduduk Kampung Tragung jawa tengah.

Gadis Itali ini dikatakan telah menjalin cinta dengan Dzulfikar melalui laman media sosial facebook..

Dinegaranya terdapat ramai pasangan kekasih yang saling mengenali di laman media sosial facebook yang hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. jadi tiada salahnya kalau kami saling mencintai katanya.

Ilaria datang ke Indonesia pada Selasa yang lalu dan terus menuju ke Kampung Tragung setelah 2 tahun mengumpul duit.

Maksud dan tujuan Ilaria datang ke Indonesia tidak lain adalah untuk bertemu Dzufikar dan meminangnya, kerana kedua-duanya saling mencintai akhirnya mereka sepakat akan mengadakan majlis perkahwinan.
loading...