Isnin, 17 April 2017

Anak Temui Ibu Sudah Tidak Bernyawa.

JEMPOL - Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa oleh anaknya ketika pulang menjenguk ibunya di Kampung Baru Rompin, Jempol di sini petang semalam.

Mangsa, Joriah Ahmad, 65 atau lebih dikenali dengan gelaran Mak Long Juriah dijumpai terbaring dengan kesan darah di kepala sekitar jam 5.30 petang.

Ketua Polis daerah Jempol, Noorzainy Mohd Noor berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan terhadap kes ini susulan berdasarkan siasatan awal turut mendapati televisyen dan telefon bimbit mangsa hilang.

"Mayat mangsa bagaimana pun telah dibawa ke Hospital Tuanku Tuanku Jaafar, Seremban untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya yang mengesahkan laporan harini.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Rompin /Jelai (PPK) seorang yang aktif dalam aktiviti kampung selain peramah dan disenangi penduduk kampung.-Sinar Harian
loading...