Selasa, 25 April 2017

Badan Tiba-tiba Terasa Seperti Dicucuk-cucuk, Digeletek Di Pinggang, Tangan dan Bahu

Ianya berlaku di salah sebuah IPTA di Tanjung Malim, Perak. Mula-mula sekali, saya nak perkenalkan diri saya sebagai Fiza. Saya baru sahaja lepas tamat belajar disalah sebuah IPTA Di Tanjung Malim. 

Saya nak ceritakan pengalaman seram saya sepanjang saya belajar disana.

Masa semester 1 pada tahun 2012, saya dapat rumah asrama dan blok paling hujung di dalam UPSI. Rumah saya adalah di tingkat 4 paling atas dan Ada 3 bilik, semuanya Ada 6 orang. Masa itu memang saya rasa ok dan tak ada apa peristiwa seram yang berlaku. Tapi bila tiba waktu senja dan malam, perasaan seram itu tetiba muncul. Tambah-tambah lagi dalam bilik mandi. Masing-masing kami buat tak tahu dan tak nak ambil tahu. Kami hanya duduk di dalam bilik masing-masing.

Nak dipendekkan cerita, ketika itu kami semua sangat sibuk dengan assignment masing-masing. Kebetulan seorang daripada rakan saya yang duduk didepan bilik saya terlalu beremosi oleh kerana dia tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran dan sangat sukar untuknya faham ilmu pengajian kami. Puas saya pujuk agar tenang dan tabah. Rupanya, emosinya sampai terbawa-bawa sehingga dia benar-benar jadi lemah selemahnya.

Di tengah malam, tengah saya nyenyak tidur, dalam pukul 2 3 pagi macam itu, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rakan saya yang lemah ini, namanya Ros. Ros kejutkan saya melalui telefon. Saya yang hanya berfikiran straight berasa pelik dan terus jadi seram dan tak nak angkat telefon itu. Bertubi-tubi Ros call saya, semakin lama semakin saya menjadi seram. Dalam fikiran saya hanya berfikir, adakah Ros yang buat calling itu? Saya abaikan. Kemudian, Ros call rakan sebilik saya. Terus rakan saya angkat dan bertanya kan kenapa. Saya yang berpura-pura mamai turut tanya rakan saya. Almaklumlah pagi-pagi buta ini kan.

Saya dan rakan sebilik saya iaitu Jiba, bergegas buka pintu bilik Ros. Kami berada dalam keadaan mamai, buka-buka pintu dah terasa seram, dicampur dengan bunyi orang mengaji yang dibuka oleh Ros melalui telefon pintarnya. Kami pun bukalah lampu bilik. Ros teresak-esak menangis diatas katilnya dan rakan sebiliknya tidak sedarkan diri, tidur mati. Kami bertanyakan kenapa, kemudian rakan sebilik Ros tiba-tiba sedar dari tidurnya dan berasa hairan melihat kami. Ros kata, Ada “benda” putih duduk tepi katil dia dan nak tarik dia. Apa lagi, naik bulu roma kami dibuatnya. Lama juga kami Cuba tenangkan Ros sampailah Ros tertidur semula.

Kalau ada apa-apa, rakan-rakan akan cari saya. Saya pun tak tau lah kenapa dia orang ini cari saya untuk bantu dia orang. Saya pun bukanlah kuat orangnya. Cuma saya paksakan diri untuk jadi berani, padahal kecut perut juga. Nak tak nak, berbekalkan ilmu yang saya tahu, saya cuba buat pagar dalam rumah kami. Alhamdulillah gangguan dah tiada.

Tibanya waktu kemuncak assignment berlambak, rakan bilik saya pula yang diganggu. Sebenarnya dia orang langsung tak nak cerita apa-apa pada saya. Pada satu malam itu, Jiba tidur lewat disebabkan assignment yang bertimbun-timbun. Saya tidur dahulu dengan lampu bilik terpasang. Tiba-tiba, sedar saya dari lena itu, saya lihat Jiba tak ada dalam bilik. Dalam fikiran saya mungkin Jiba buat assignment dekat luar. Saya pun jenguklah dekat luar bilik, semua lampu rumah terpasang, saya fikir mungkin Jiba ada dekat luar ini, sebab mamai dan malas nak fikir panjang. Kemudian saya sambung tidur semula.

Keesokan harinya, saya pelik sebab Jiba senyap saja. Saya bertanyakan pada rakan yang lain. Rupa-rupanya masa Jiba dah terlelap atas katil itu, Jiba ditarik oleh “benda” itu juga dihujung katilnya. Jiba puas ronta-ronta dan jerit-jerit memanggil-manggil saya untuk meminta tolong tapi saya tak sedar-sedar juga. Kemudian, Jiba cuba baca ayat-ayat Al-Quran dan akhirnya terlepas dari “benda” itu. Jiba yang sedar dari tidur, berlari ke bilik sebelah, rupa-rupanya Jiba tidur dibilik sebelah tinggalkan saya seorang dalam bilik. Jiba ingat dia selamat tapi rupa-rupanya “benda” itu masih ada lagi mengganggu dia. Saya yang duduk dengar itu tiba-tiba seram dan berimaginasi katil Jiba yang berada di depan mata saya.

Saya yang hanya mampu berdoa dan baca ayat-ayat Al-Quran yang saya tahu semasa saya bantu rakan-rakan saya itu, tak lama kemudian saya pula yang diganggu. “Benda” itu tak ganggu saya seperti rakan-rakan lain tapi “benda” itu hanya menggangu saya ketika saya berada dalam bilik air. Saya jenis suka bangun awal pagi pukul 5 macam itu dengan tujuan basuh baju. Terdapat cermin besar dalam bilik air, 2 bilik mandi dan 1 toilet. Ketika saya sedang membasuh muka sambil gosok gigi depan cermin, saya berasa seram sangat sehingga saya tak berani memandang cermin unntuk tengok diri saya. Pada ketika itu saya merasakan ada orang sedang melihat saya.

Oleh kerana saya buat tidak endah, badan saya tiba-tiba terasa seperti dicucuk-cucuk, digeletek dibahagian pinggang, tangan dan bahu. Nak tak nak, dalam bilik air yang saya hanya keseorangan itu, saya kuatkan diri berdoa banyak-banyak dan cuba tidak menghiraukan benda itu. Saya cuba terus masuk bilik air dan mandi secepat mungkin. Lepas sahaja saya berwuduk untuk subuh, akhirnya tiada lagi rasa itu dari diri saya. Mujurlah saya dilindungi Allah.
loading...