Sabtu, 29 April 2017

Perkahwinan Dibatalkan Gara-Gara Tak Hidang Daging

Muzaffarnagar – Seorang lelaki bertindak membatalkan perkahwinannya selepas berang apabila keluarga perempuan tidak menyediakan hidangan daging ketika jamuan di majlis itu.

Kejadian berlaku Rabu lalu di kampung Kulhedi di Uttar Pradesh apabila rombongan bakal pengantin lelaki kecewa selepas mendapati hanya menu sayuran dihidangkan kepada mereka.

Keluarga perempuan tidak dapat menyediakan hidangan daging akibat krisis kekurangan bekalan daging di Uttar Pradesh selepas kerajaan mengharamkan rumah penyembelihan.

Pihak perempuan cuba berbincang dan menjelaskan kepada bakal pengantin lelaki tetapi mereka tetap tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan itu.

Majlis perkahwinan itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila seorang tetamu tiba-tiba tampil dan terus melamar pengantin perempuan berkenaan.

Wanita itu menerima lamarannya dan mereka dikahwinkan selepas dipersetujui keluarga.

Perkahwinan pasangan berkenaan juga mendapat kebenaran majlis ketua kampung di daerah itu.

Susulan arahan penutupan rumah penyembelihan haram di Uttar Pradesh, harga daging kerbau, kambing dan ayam meningkat hampir dua kali ganda.

Uttar Pradesh juga mengharamkan penyembelihan dan penjualan daging lembu.

Banyak rumah penyembelihan terpaksa ditutup sejak Yogi Adityanath dari parti BJP dipilih sebagai Ketua Menteri Uttar Pradesh yang baru pada 11 Mac lalu.-Harian Metro
loading...