Selasa, 18 April 2017

Bayi 11 Minggu Maut Selepas Tidur Di Car Seat Seperti Ini

Seorang bayi berusia 11 minggu Shepard Dodd, meninggal dunia setelah didudukkan ke car seat khusus bayi.

Kematian Shepard Dodd adalah salah satu kecelakaan yang sepatutnya dilihat dengan serius oleh ibu bapa diluar sana.

Kedua-dua orang tua Shepard, Ali dan Derek Dodd, bergongsikan kisah mereka pada media untuk memastikan kejadian ini tidak berlaku pada bayi-bati lain.

Dikutip dari Love This Pic, Shepard Dodd diletakkan dalam Car Seat ketika tidur tengah hari.

Shepard Dodd ketika itu dalam keadaan selsema (hidung tersumbat) pengasuh berfikir dengan tidur menegak di Car Seat adalah lebih baik untuknya.

Shepard Dodd tertidur, dengan kepala tertunduk, posisi dagu ke dada, mengakibatkan saluran pernapasan tertutup. Kerana Shepard Dodd bayi yang masih sangat kecil, Shepard belum memiliki kekuatan di otot leher untuk menggerakkan kepalanya.

Malangnya dalam beberapa minit bayi itu meninggal kerana sesak nafas.

Orang tuanya menceritakan kisah ini kepada media untuk mencegah insiden tragis ini tidak berlaku pada bayi lain.

Apa yang terjadi dengan Shepard disebut sesak nafas. Bayi tidak memiliki otot-otot leher untuk menegakkan kepala mereka sendiri.

Jadi, jika mereka tidak didudukkan dengan betul di Car Seat, dagu mereka dapat jatuh ke dada sehingga ini boleh menutup saluran pernafasan.

Car Seat memang dibuat untuk melindungi anak-anak saat berjalanan di dalam kereta.


Tapi pekara ini benar-benar boleh menjadi bahaya jika bayi tidak didudukkan dengan betul mahupun tidak diperhati.
loading...