Selasa, 18 April 2017

Bayi Dibunuh Oleh Kanak-kanak Berusia 8 Tahun Kerana Asyik Menangis

MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dinamakan sebagai suspek selepas seorang bayi lelaki berusia setahun ditemui mati di sebuah pusat asuhan, minggu lepas.

Laporan Mirror mengatakan mangsa, Korey Brown ditemui tidak sedarkan diri pada jam 6 pagi Jumaat selepas ditinggalkan oleh ibunya, Bryanna pada malam sebelumnya.

Petugas kecemasan yang tiba cuba menyelamatkan Korey tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

Siasatan awal polis mengatakan suspek telah ditinggalkan bersama Korey untuk tempoh masa lama.

Disebabkan Korey menangis, suspek dipercayai melakukan sesuatu yang menyebabkan kematian mangsa.

Punca kematian mangsa masih disiasat.

Satu-satunya saksi dalam kejadian tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Siasatan masih berjalan dan pendakwaraya mungkin memfailkan dakwaan terhadap kakitangan pusat asuhan terbabit.
loading...