Ahad, 9 April 2017

Bayi Lahir Dalam Pesawat Disambut Pramugari

BURKINO FASO – Pesawat Turkish Airlines selamat mendarat ke Ouagadougou di Burkina Faso dengan tambahan seorang lagi penumpang selepas seorang penumpang selamat melahirkan bayinya di pertengahan penerbangan.

Nafi Diaby tiba-tiba berasa mahu bersalin ketika pesawat dari Conakry, Guinea ke Ouagadougou di Burkina Faso dimana kelahirannya disambut anak kapal di situ.

Kelahiran bayi perempuan, Kadiju pada ketika pesawat berada pada ketinggian 42,000 kaki, lapor MalaysiaGazette. Bayi dan ibunya dalam keadaan sihat.

Menariknya dengan kelahirannya ini ialah tempat dan kewarganegaraan Kadiju.

Ini kerana dia boleh mendapat kewarganegaraan sama dengan ibunya atau kelahirannya menggunakan ruang udara negara ketika penerbangan.

Tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga membenarkan bayi yang dilahirkan dalam penerbangan diberikan kerakyatan di mana pesawat itu didaftarkan. Dalam kes ini, pesawat berkenaan didaftarkan di Turki.
loading...