Jumaat, 7 April 2017

Berhentilah Merokok, Sebelum Mengalami Nasib Seperti Saya

Merokok bukan sahaja merbahaya kepada si penghisap, malah orang berdekatan yang menghidu asap rokok turut sama berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit. Namun, masih ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini.

Kali ini serorang lelaki kongsi pengalaman ngeri apabila tisu dalaman hidungnya membengkak sehingga tidak boleh bernafas. Geli pulak kami tengok. Jangan sampai jadi macam ni baru nak menyesal okay!

Berhentilah merokok
Assalamualaikum,

Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa menjalani pembedahan memotong tisu hidung supaya saya boleh kembali bernafas. Dipendekkan cerita, beginilah…

Saya telah merokok selama 5 tahun. Saya dah pun berhenti merokok selama 5 tahun sekarang. Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mendapat serangan asma dan keradangan hidung yang menyebabkan saya sukar bernafas. Satu hari, saya kena serangan asma yang sangat teruk. Saya mengambil keputusan berhenti merokok selama-lamanya.

Walaupun dah berhenti merokok, bahagian dalaman saya sudah sakit dan menjadi semakin teruk. Serangan asma juga semakin kerap. Tisu dalaman hidung saya membengkak sehingga saya tidak boleh bernafas, pembedahan terpaksa dilakukan.

Saya tidak perlu mengulas lanjut penderitaan yang dialami. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham bahawa nk berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yg langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dngn merokok.. padan muka lah bila kau jatuh sakit nanti. “Salvation lies within”
loading...