Selasa, 11 April 2017

Berita Baik Untuk Pengguna Facebook!!! Facebook Malaysia Akan Menganjurkan Bengkel “Pemasaran Untuk Hari Raya.

LEMBAH KLANG – Facebook Malaysia dengan kolaborasi bersama AVANA akan menganjurkan bengkel “Pemasaran Facebook untuk Hari Raya”. 

Bengkel sehari yang bakal dijalankan pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di The Space Grandballroom, Bukit Jelutong Shah Alam pada pukul 9 pagi hingga ke 6 petang ini turut mendapat sokongan sepenuhnya dari SME Corp Malaysia.

Seramai empat orang speaker berpengalaman telah dijemput bagi menjayakan bengkel ini.   Antaranya, saudari Ai Ting dari Facebook Malaysia, beliau mempunyai 4 tahun pengalaman bersama Facebook mengendalikan usahawan kecil sederhana di Malaysia, Wan Nong Muzafar Pengarah ILM Legacy merupakan seorang usahawan, konsultan perniagaan dan penulis.

Tuan Que, Pakar Pemasaran dengan pengalaman mengendalikan 500 buah seminar, taklimat dan latihan di seluruh Malaysia serta Pengarah AVANA, Luqman Adris. 

Bengkel ini diadakan berikutan permintaan ramai susulan dari bengkel pertama yang telah dijalankan di MATRADE pada bulan Mac lepas.  Ia merupakan bengkel terakhir yang akan dibuat di kawasan Lembah Klang pada tahun ini.
Facebook Malaysia juga bakal mendedahkan maklumat eksklusif dan teknik pemasaran yang legit terus kepada para usahawan online serta usahawan kecil sederhana.  Selain itu, Facebook juga akan berkongsi data-data rahsia, trend dan strategi pemasaran sempena musim perayaan ini. 

Ini adalah usaha dari Facebook Malaysia dan AVANA bagi membantu menaik-taraf ekonomi usahawan online dan usahawan kecil sederhana di Malaysia secara umumnya dengan penggunaan platform Facebook dan e-commerce.

Pendaftaran bagi bengkel ini akan ditutup pada bila-bila masa kerana tempat adalah terhad.  Daftar sekarang, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
loading...