Selasa, 11 April 2017

Bertengkar Dalam Bilik Persundalan

Segamat – Lapan lelaki dan dua wanita warga asing ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Abdullah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menyerbu bangunan rumah kedai dua tingkat jam 3 petang.

“Serbuan hasil maklumat awam dan risikan mendapati terdapat kegiatan mencurigakan di premis berkenaan. Ketika anggota tiba, pintu premis tertutup rapat, tetapi kedengaran suara seolah-olah orang bertengkar dari dalam sebelum menyerbu masuk,” katanya.

Katanya, sebaik masuk ke dalam premis, anggota mendapati lapan lelaki dan dua wanita warga asing di dalamnya,

“Pemeriksaan menemui bilik yang digunakan untuk kegiatan pensundalan serta beberapa kondom termasuk yang sudah digunakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas seorang lelaki dipercayai bapa ayam menemui RM6,450 hasil kegiatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, semua yang ditahan terdiri daripada warga Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Indonesia berusia 20 hingga 40-an.


“Mereka direman empat hari bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit aktiviti pelacuran dan Akta Imigresen,” katanya. – Harian Metro
loading...