Jumaat, 28 April 2017

Beruang Baham Tangan Budak Berusia 9 Tahun

Tebing Barat – Seekor beruang membaham seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga menyebabkan tangan mangsa putus sebelum haiwan itu memakannya.

Kejadian berlaku di Zoo Qalqilya di bandar Qalqilya di Tebing Barat, Palestin.

Jurucakap polis berkata, kanak-kanak terbabit menghampiri kandang beruang itu dengan membawa makanan yang hendak diberikan kepada haiwan berkenaan.

“Beruang itu menyerangnya menyebabkan tangan kanak-kanak itu terputus dari paras siku. Beruang itu kemudian memakan tangan mangsanya,” kata jurucakap itu.
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Zoo itu, satu-satunya di Tebing Barat, dibina pada 1986 dan kini menempatkan kira-kira 170 haiwan. – Agensi
loading...