Jumaat, 14 April 2017

Budak Maut Tertembak Diri di Instagram Live

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menayangkan sepucuk pistol di Instagram Live.

Malachi Hemphill yang berasal dari Georgia, sebelum itu keluar untuk membuang sampah dan sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya, ibu Malachi iaitu Shaniqua Stephens terdengar bunyi tembakan.

Shaniqua dan seorang lagi anak perempuannya telah menendang pintu bilik budak berkenaan sebelum menemuinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Kami tendang pintu. Kami temui dia terbaring dipenuhi darah,’’ kata Shaniqua.

Ketika itu juga, kejadian berkenaan masih disiarkan menerusi Instagram Live.

“Dia adalah satu-satunya anak lelaki saya. Dia baru berusia 13 tahun dan saya masih terbayang-bayang saat melihat dia terbaring di atas lantai,’’ kata Shaniqua.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Malachi memperolehi pistol berkenaan namun ibunya percaya ia diberikan oleh rakan anaknya itu.

Apa yang menyedihkan kata Shaniqua, dia dan suaminya sentiasa memantau aktiviti anaknya di media sosial meskipun anak mereka itu sentiasa menggunakan akaun yang berbeza. – mynewshub
loading...