Rabu, 26 April 2017

Bunuh Bekas Suami Dengan Tukul, Wanita Berdepan Hukuman Mati.

Tiada lagi yang dapat di katakan oleh Rusminiati 40 tahun selepas pihak polis mengesahkan beliau sebagai suspek utama pembunuhan bekas suaminya Dainuri 52 tahun yang berlaku pada minggu lalu dan di jatuhkan dengan hukuman mati.

Bukan itu sahaja, isteri bekas suaminya itu juga turut menjadi mangsa akibat keganasan yang dilakukan oleh Rusminiati sehingga terpaksa di rawat di hospital.

Pihak polis Pulau borneo kalimantan tengah yang menahan Rusminiati tiga hari selepas kejadian mendapati motif pembunuhan adalah akibat daripada masalah keluarga yang membelengunya.

Katanya mangsa yang berkahwin dengan wanita lain selepas bercerai dengan isteri pertama, Rusminiati tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak kandungnya sendiri.

Selain itu, sebelum mereka bercerai Rusminiati mendakwa selama 7 tahun perkahwinannya dengan mangsa dia kerap di layan dengan kasar dan tidak adil.

Dalam kejadian minggu lalu, Rusminiati berkata  dia telah pergi ke rumah mangsa pada pukul 11 malam secara senyap-senyap ketika bekas suami dan isterinya tidur, dia telah mematikan lampu bilik dan memukul kepala kedua-dua mangsa dengan menggunakan tukul.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala koma sebelum meninggal dunia dua hari kemudian

Sementara isteri kedua mangsa mengalami luka di bahagian kiri kepala dan paha.

Akibat dari perbuatannya itu suspek bakal berdepan dengan hukuman tembak mati atas kesalahan membunuh dengan niat.
loading...