Rabu, 19 April 2017

Cerita Sebenar Video Viral Tiga Remaja Diamuk Anggota Tentera

Lakonan tiga perompak remaja yang berpura-pura dilanggar lari oleh seorang pemandu kereta Honda DD 15 KO warna hitam tidak menjadi, apabila mengetahui pemandu tersebut adalah ahli keluarga Ketua Staf TNI Angkatan Darat, Jenderal George Toisutta.

Ketiga-tiga remaja yang masing-masing berusia 19 ,18 dan 17 tahun itu pada awalnya berlakon seperti di langgar lari oleh pemandu kereta itu di tengah jalan.

Mereka pun mengejar kereta berkenaan seolah-olah telah berlaku kemalangan langgar lari kononnya mahu meminta ganti rugi.

Namun kerana pemandu kereta merasa tidak melanggar apa-apa,beliau tidak berhenti hinggalah sampai ke Metro Tanjung Bunga tempat kediaman pemandu kereta berkenaan.

Drama tiga remaja itu terbongkar kepada umum apabila pihak polis menjalankan siasatan kes berkenaan selepas salah seorang penduduk memaklumkan kepada polis terdapat tiga remaja yang menjadi penghuni perumahan TNI tersebut yang sudahpun sebenarnya mengetahui cerita sebenar.

Kes ini telah pun disahkan oleh Ketua Pusat Penerangan (Kapuspen) TNI Mayjen TNI Wuryanto. Beliau mengatakan bahawa tertuduh sudah ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Bagaimana pun dua orang remaja telah pun dibenarkan pulang ke rumah, kedua remaja tersebut bernama Iksan Ansari 17 tahun dan Sulaiman 19 tahun. Sementara A. Afdal 18tahun masih dirawat intensif dihospital Bhayangkara.

Ketua polis Tamalate makassar Amrin mengatakan, “Kedua-duanya dipulangkan selepas pemilik kenderaan tidak keberatan membuat pernyataan. Namun kedua-duanya wajib melaporkan diri, termasuk yang dirawat di hospital Bhayangkara,” kata Kompol Amrin AT.
loading...