Sabtu, 15 April 2017

Chef Wan Dedah Perangai Sebenar Menantu, Hingga Serina Terbeban.

Cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tampil mendedahkan punca isu nafkah menjadi beban yang mendatangkan konflik dalam rumah tangga anaknya, Serina.

Chef Wan meluahkan, sudah berbuih mulutnya menasihati menantu Salahudin Ghafar agar menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan memberi nafkah, tetapi tidak diendahkannya.

Menurut Chef Wan, sikap tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah membuatkan Serina terbeban dengan pekerjaan berlebihan masa.

Chef Wan percaya sepatutnya Serina menjalani kehidupan yang lebih bahagia.

“Betapa berat mata memandang berat lagi bahu Serina yg memikul segalanya untuk enam setengah tahun terakhir perkahwinannya yang tidak bahagia itu.

“Dalam setiap perkahwinan, seorang isteri perlu dimanjakan oleh suami, tetapi sayang sekali anak saya bekerja terus ke sana ke mari mencari rezeki dan sebagai bapa sudah tentu saya berasa kasihan melihatnya.

“Saya beritahu menantu supaya jangan jadi kedekut.

“Bekas isteri pun saya kasi RM3,000 sebulan untuk perbelanjaannya dan membelikannya sebuah apartmen tiga bilik dan betapa murah hatinya saya kepada cucu-cucu,” katanya.

Chef Wan turut mengingatkan kepentingan akad nikah dijalankan depan kadi semasa setiap pasangan diijab kabulkan.

“Kepada setiap suami, apabila membaca kutbah nikah di depan kadi itu, cuba ingat apa tanggungjawab suami kepada isteri?

“Tiada perkara seperti duit aku, duit aku dan duit kau kerana harus menyumbangkan kepada sesisi rumah. Nafkah isteri tetap tanggungjawab suami dan tidak perlu dipersoalkan lagi,” katanya.

Pada masa sama Chef Wan berkata, akhirnya dia 'gembira' apabila mengetahui Serina sedang memfailkan perceraian dan menuntut keadilan.

“Saya amat 'gembira' anak saya memfailkan perceraian dan akan meneruskan semua prosiding undang-undang berjuang untuk hak dan keadilan baginya.

“Cukup-cukuplah, jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mentua sampai di sini sajalah,” katanya.”-Malaysiakini
loading...