Rabu, 12 April 2017

Disiasat Polis Selepas Muat Naik Foto Pokok Ganja

Tindakan anggotan kumpulan HKT48, Nao Ueki, berkongsi sejenis foto tumbuhan berbunga di media sosial telah membawa padah pada dirinya sendiri apabila dia ditahan dan disiasat pihak polis.

Memetik laporan Koreaboo, Nao Ueki menjumpai tumbuhan liar tersebut tumbuh ditepi jalan.

Dek kerana kecantikan dan keunikannya, tidak salah jika Nao Ueki memuat naik gambar itu di media sosial.

Namun apa yang mengejutkannya, bunga cantik itu sebenarnya adalah salah satu jenis ganja yang dilarang untuk ditanam oleh negara Jepun.

Akibatnya, Nao Ueki telah ditahan dan disoal siasat malah dia didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Selepas beberapa jam menjalani siasatan, idol cantik ini bagaimanapun didapati tidak bersalah dan bebas daripada segala tuduhan.

Insiden tersebut menjadi bualan hangat kalangan netizen. Pelbagai komen dan reaksi dilemparkan mereka di laman sosial.

“Apakah gara-gara memuat naik gambar tanaman cantik, dia perlu di soal siasat? Kalau benar dia menanamnya pasti dia tidak tunjukkan?” komen seorang netizen.

“Saya juga pasti akan melakukan hal sama yang jika melihat tanaman cantik itu di jalan,” tulis seorang lagi netizen yang lain.
loading...