Sabtu, 29 April 2017

Donald Trump Merungut Tidak Dapat Layanan Adil Dari Arab Saudi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan Arab Saudi tidak melayan Amerika Syarikat (AS) dengan adil dan Washington kehilangan ‘sejumlah besar wang’ dalam mempertahankan negara itu.

Dalam temubual dengan Reuters, Trump mengesahkan pentadbirannya sedang berbincang mengenai kemungkinan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi dan Israel pada pertengahan Mei ini.

Beliau dijangka membuat lawatan pertamanya ke luar negara sebagai presiden untuk menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels dan mungkin ke beberapa negara lain.

“Secara jujur, Arab Saudi tidak melayan kita dengan adil, kerana AS memperuntukkan sejumlah besar wang dalam mempertahankan negara itu,” katanya.

Kritikan terhadap negara pengeksport minyak terbesar dunia itu cuma mengulangi retorik kempennya pada 2016 apabila menuduh Riyadh tidak berkongsi membayar kepada perlindungan diberikan AS.

“Tiada siapa berani cari pasal dengan Arab Saudi kerana kita menjaga mereka.

“Arab Saudi tidak membayar kita harga yang sepatutnya,” kata Trump pada kempen di Wisconsin setahun lalu. – Reuters
loading...