Ahad, 16 April 2017

Dua Lelaki Ditahan Kes Tipu Jual Beli iPhone 6S

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga China kerana dipercayai terlibat dalam jualan telefon pintar iPhone 6S palsu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R.Supramaniam berkata, kedua-dua lelaki berumur 24 dan 25 tahun itu ditahan pagi Jumaat di Pandan Indah dan Plaza Cheras di sini susulan aduan seorang mangsa.

Polis turut merampas 21 unit Iphone 6S palsu dan sebuah kereta dalam siasatan kes itu, katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek lelaki tempatan berusia 24 tahun itu menemui mangsa di sebuah stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu lepas dan menawarkan telefon bimbit berkenaan pada harga RM500.

"Mangsa bersetuju membelinya dan terus menyerahkan wang tanpa memeriksa telefon itu terlebih dahulu. Dia menyedari ditipu selepas mendapati telefon itu tidak berfungsi selepas kad SIM dimasukkan," katanya. - Bernama
loading...