Jumaat, 14 April 2017

Gaji Suami Cukup-Cukup Makan, Isteri Terpaksa Jadi Pelacuh.

Zety 34 terpaksa menjadi tahanan di balai polis kerana ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya disini baru-baru ini.

Tidak hanya bekerja sebagai wanita penghibur Zaty juga menjual perlbagai ubat kuat baik luar mahupun dalam negara untuk setiap pelanggannya.

Keterangan yang di ungkap oleh Zety, dia terjerumus ke lembah hitam atas tekanan hidup yang semakin meningkat,ditambah pula suaminya hanya bekerja sebagai perkerja kilang dengan gaji yang mustahil untuk memenuhi keperluan mereka mereka dengan 5 orang anak.

“Saya berasal dari keluarga yang miskin dan tidak memiliki pelajaran ,pada awalnya saya kurang senang dengan pekerjaan ini, tapi selepas melihat duit yang saya dapat tiap-tiap malam dosa dan maruah saya ketepikan. yang penting anak-anak saya tidak kelaparan.kata Zety

Bagaimanapun menurut Zety, Dia telah melakukan kerja ini selama 8 bulan tanpa sepengetahuan keluarga dan suami.

Kali pertama dia melakukan kerja ini ketika suaminya sakit dan dirawat di hospital, ketika itu seorang rakan yang dia kenali menawarkan kerja tersebut melayani seorang pelanggan dari luar negara.

Melihat hasil yang dia dapati, Zety nekat bekerja tetap sebagai seorang wanita penghibur hinggalah malam kelmarin beliau ditahan oleh anggota JAIS yang membuat serbuan disalah satu hotel di ibu Negara atas aduan individu yang tidak dikenali.
loading...