Sabtu, 29 April 2017

Gambar Kejadian Sejadah Dan Kain Telekung Berdiri Seperti Sedang Solat Di Kedah

Sudah lama kita tidak mendengar kejadian kain sejadah berdiri kan? Tapi hari ini, kejadian yang sama dikatakan berlaku di Kampung Tok Aris Jeneri Sik, Kedah sebagaimana yang dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook.

Mohamad Syafiq berkongsi kejadian itu bersama beberapa keping gambar di Facebook.

Menurut Syafiq, kejadian itu berlaku di rumahnya sendiri ketika ibunya sedang bersiap-siap untuk solat.

“Subhanallah, ujian buat kami sekeluarga. Maha Suci Allah, kejadian (yang berlaku) di rumah saya.

“Mula-mula, masa mak nak solat, (dia) ambil kain telekung. Lepas itu tengah kelam-kabut jadi dia letak balik kain telekong atas sejadah.

“Lepas itu, mak patah balik nak solat, tengok-tengok kain telekung dan sejadah satu lagi berdiri macam tengah solat.

“Allahuakbar.. Subhanallah.. keadaan sejadah ikut qiblat.. Semoga keluarga kami dalam lindungan Allah.” tulis Syafiq.

Bersama kisah itu, Syafiq turut memuat naik beberapa keping gambar kejadian. Selain itu, turut kelihatan orang ramai berkunjung ke rumah Syafiq untuk melihat kejadian aneh itu.
loading...