Isnin, 10 April 2017

Rempuh Wanita: Penunggang Motosikal Mengaku Tak Bersalah

George Town – Seorang penunggang motosikal yang merempuh seorang pejalan kaki wanita hingga maut didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi terhadap kesalahan menunggang secara melulu.

Tertuduh, Nazri Che Lah, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin manakala lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.

Pada 6 April lalu, seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh seorang penunggang motosikal semasa melintas di lintasan pejalan kaki di Jalan Burmah dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi. – Kosmo
loading...