Rabu, 5 April 2017

Gomez Nafi Minta Gaji Tinggi

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez menafikan dia mahukan gaji yang tinggi jika mahu dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Sebaliknya, dia hanya mahukan kontrak yang lebih panjang berbanding tawaran asal yang dikemukakan olehnya sebelum ini.

BH Sukan hari ini melaporkan pengendali dari Argentina itu masih belum sah sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan rundingan kini masih dilakukan terutamanya selepas dia menuntut gaji yang tinggi.

"Itu tidak benar. Saya tidak meminta lebih daripada gaji yang diperoleh ketika bersama JDT.

"Saya hanya ditawarkan kontrak selama setahun sedangkan sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk membawa perubahan kepada pasukan," katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal berbahasa Inggeris.

Gomez menggantikan pengendali sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee yang kini menggalas tugas sebagai jurulatih skuad Bawah 22 (B22) negara.
loading...