Khamis, 20 April 2017

Guru Wanita Dipenjara Tiga Tahun Rogol Anak Murid

Seorang guru wanita dijatuhi hukuman 3 tahun penjara oleh mahkamah di sini hari ini didakwa cubaan rogol ke atas seorang murid lelaki berusia 14 tahun.

Selain itu guru wanita berkenan juga didapati menggoda murid berkenan melalui MMS Dengan menghantar gambar-gambar separuh bogel.

Allison Marchese 39 tahun, bercerita dia tidak dapat mengawal perasaan selama di dalam kelas kerana murid itu terlalu kacak.

Selepas selesai sesi pembelajaran dia memanggil murid berkenaan kesalah satu ruangan dan cuba menanggalkan pakaian remaja itu satu persatu.

Dipetik dari media Inggris Mirror, Hakim mengatakan, ketika murid lelaki berusia 14 tahun memintanya untuk berhenti, guru wanita itu menjawab, ‘saya tahu’ bila harus berhenti, saya tahu bila harus bergerak, katanya.

Kejadian itu terbongkar apabila beberapa murid lain mengadukan kejadian itu kepada pengurus sekolah, lebih mengejutkan apabila suami guru itu juga bekerja di sekolah yang sama di Connecticut.

Dalam sidang, Hakim Melanie Cradle berkata kepada ibu kepada dua orang anak itu, “Anda seorang guru dan Anda berada dalam posisi orang yang dipercayai. Tetapi apa yang berlaku di sini, mangsa adalah merupakan murid-murid dan Anda guru mereka.”

Menurut Cradle lagi, guru adalah “Seseorang yang terlibat dalam kerja mulia untuk membentuk kehidupan yang baik, nilai-nilai, dan proses berfikir kaum muda kita.”katanya.

loading...