Jumaat, 14 April 2017

Ibu Terpaksa Sumbat Jenazah Bayi Dalam Beg.

Seorang ibu yang di kenali sebagai Aspin Ekwandi tidak dapat menahan air mata apabila dia terpaksa menyembunyikan jenazah bayinya yang baru lahir di dalam beg kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk menyewa  sebuah ambulans.

Malah ibu kepada 3 orang anak ini juga terpaksa menaiki bas mini untuk membawa jenazah anaknya itu ke kampungnya Desa Sinar Bulan Bengkulu.

Aspin yang mengandung anak ke empat tersebut telah di sahkan mengalami masalah paru-paru dan jantung sehingga harus dilakukan pembedahan Caesar pada awal bulan April lalu di hospital M Yunus di Kota Bengkulu.

Namun bayinya meninggal dunia dua hari kemudian dan ketika hendak membawa pulang jenazah anaknya itu, pihak hospital enggan memberi kerjasama jika tidak menyediakan duit sebanyak 3 juta Rp iaitu bersamaan dengan 1 ribu ringgit duit Malaysia..

Aspin yang tidak memiliki duit yang di minta oleh pihak hospital menyebabkan dia berasa tertekan dan panik sehingga akhirnya dia terpaksa memasukkan jenazah bayinya itu ke dalam beg dan dibawa pulang.

Menurut Aspin dia telah menghubungi abangnya untuk berlakon menjadi suami dia untuk membawa beg tersebut.

Ketika di dalam bas, pemandu telah meminta agar saya meletakkan beg tersebut ke dalam ruangan bagasi, namun beliau memberikan alasan bahawa di dalam beg tersebut ada kek untuk acara pernikahan saudaranya.

Sepanjang perjalanan di dalam bas itu, Aspin memeluk erat beg berisi jenazah anaknya sambil menahan sedih atas nasib yang menimpanya dan sesudah sampai di kampung jenazah tersebut terus dikebumikan.

Bagaimanapun Datuk Bandar Kota Bengkulu, Irsan Hidayat, mengesahkan kejadian ini dan telah melakukan siasatan terhadap hospital yang terlibat.
loading...