Khamis, 20 April 2017

Iklan Besarkan Payudara, Nizam Rahman Kesal Dihina Golongan Disifatkan Ustazah

KUALA LUMPUR – Selebriti laman sosial, Nizam Rahman semalam menjelaskan dia ‘tidak kisah’ dikecam, dihina atau digelar sebagai ‘bapuk’ oleh segelintir pengguna media sosial gara-gara rakaman video iklan produk besarkan payudara kerana didakwa mempersendakan maruah kaum wanita.

Bagaimanapun menurut Nizam, yang popular dengan koleksi video parodi berkata, dia berasa kesal dengan sikap individu-individu tertentu yang begitu cepat menjatuhkan hukum dan menghemburkan kata-kata kesat terhadapnya meskipun golongan itu berperwatakan seperti ‘ustaz’ dan ‘ustazah’, lapor MalaysianDigest.

“Seperti mana video yang tengah viral, aku peliklah kenapa yang kecam, komen, yang pakai tudung labuh, yang acah-acah ustazah/ustaz komen, orang macam itu sebenarnya pu**mak.

“Kalau aku cakap memang kau marah. Yang tudung-tudung labuh itu yang nak komen ala-ala ustazah, bu**h. Kau jangan nak feeling (perasan) kau ustazah, tak payah feeling kau masuk syurga,” katanya dalam rakaman Facebook video live.

Nizam menjelaskan, kecaman yang dilemparkan oleh individu yang disifatkan olehnya sebagai alim membuatkan dia hilang hormat kepada golongan terbabit.

“Kalau korang jadi Nizam, Nizam tak kisah kalau korang nak komen cara baik. Masalahnya yang komen atau PM (private message) Nizam, ‘wei bapok! kau ubah-ubahlah jadi lelaki’. Ya Allah, sampai Nizam hilang respect (hormat) dah pada orang tudung-tudung labuh ini. Orang yang macam itu yang banyak kutuk Nizam.

“Bila aku buat video B-Confident itu, hmm kutuk bukan main. ‘Apalah video memalukan wanita’, kau cakap aku memalukan wanita? Nasib baik aku yang buat, kalau perempuan yang buat, kau rasa apa jadi?,” kata Nizam mempertahankan tindakannya menghasilkan iklan video produk tersebut.

Pada 13 April lalu, Nizam memuat naik sebuah video berdurasi dua minit memaparkan aksi seksinya melakonkan watak daripada seorang wanita yang memiliki saiz payudara yang kecil berubah kepada wanita yang mempunyai ‘aset’ yang besar selepas menggunakan satu produk penjagaan diri.

Bagaimanapun, aksi ala-ala ghairah dengan menonjolkan saiz ‘payudaranya’ yang besar itu ketika mencuci kereta menerima kecaman netizen kerana didakwa menghina golongan wanita.

Tambah Nizam, sekiranya orang ramai mahu melihat dia berubah ke arah yang lebih baik, tindakan yang betul adalah mendoakannya, dan bukannya memaki-hamun.
loading...