Ahad, 16 April 2017

Inilah Punca Kenapa Saya Haramkan Vitagen Untuk Anak-anak Saya

Sebagai orangtua, kita pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak kita kerana mereka inilah bakal mewarisi warisan kita pada suatu hari nanti.

Namun, di dalam kerakusan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita, pasti ada kalanya, yang terbaik itu jelaslah bukan hal terbaik yang pernah kita berikan kepada anak-anak kita seperti minuman berkultur Vitagen ini.

Meski tidak dapat disangkal bahawa minuman ini dapat membantu sistem pencernaan anak kerana kandungan kulturnya yang tinggi, namun perlu diingatkan bahawa minuman ini juga mengandungi gula yang tinggi.

Seorang pengguna Facebook, Solehah Muhammad telah berbagi alasan mengapa dia melarang minuman ini di rumahnya:

Isu “larangan” vitagen oleh saya kepada anak 😅

Maaf kalau penggunaan kata yang extream. Tapi kenyataannya begitulah, kalau boleh haramkan memang nak saja saya haramkan. Huhuu ..

Untuk pemberitahuan Vitagen tak haram. Ada cop JAKIM ..

Kandungan paling tinggi dalam sebotol kecil vitagen adalah gula. Ini lebih tinggi dari kandungan yang seharusnya lebih penting iaitu susu dan jus.

Inilah sebabnya saya tidak suka dan tidak beri vitagen pada anak saya. Gula berat untuk dicerna dan berat untuk diproses oleh organ yang belum sempurna pembentukannya dari seorang anak kecil ..

Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Perut anak akan merasa tak selesa dan akan menjadi sakit. Buah pingang anak rosak. Emosi anak akan kacau. Anak mudah tantrum. Anak jadi hyper. Anak tak ingin tenang ..

Manis menguasai diri, anak jadi kecanduan. Tolak nasi! Tolak sayur! Tolak ikan! Tolak makanan nyata! Ingin yang manis-manis saja. Sanggup berlapar. Asalkan dapat minuman manis ..

Tak dapat manis, anak berontak. Anak tak mahu dengar cakap. Buat perangai. Mengamuk!

Rasa sama dengan situasi di atas?
Ubahlah gizi anak. Anak makan sebab kita beri. Kita ajar ..

Gambar ini adalah vitagen dalam fridge rumah saya. Rumah saya ada vitagen! Buat saya beli. Orang beri

Apa-apa pun, bukan minuman seperti ini saja yang menjadi penyebab dan penyebab dari penyakit itu dan kita sebagai orang tua harus bijak menyeimbangkan pemberian makanan dan minuman seperti ini untuk anak-anak kita. Hatta nasi putih sekali pun, kalau diberikan dalam jumlah berlebihan dapat merugikan.
loading...