Isnin, 17 April 2017

Isteri Bakar Rumah Kerana Suami Kahwin Lain.

Kesal dengan perangai suami yang berkahwin dengan wanita lain secara senyap-senyap, seorang isteri tergamak membakar rumahnya sendiri di Sukamaju Baru Jawa Barat semalam kira-kira pukul 6 petang.

Jiran tetangga sempat menyelamatkan harta benda pemilik rumah itu sebelum api semakin membesar.

Nasib baik rumah berkenaan tidak jauh dari lokasi pemadam kebakaran dan berjaya memadamkan api selepas hampir 30 minit.

Menurut ketua bomba Yayan Arryanto setelah proses pemadaman selesai pihaknya terus menyiasat punca kejadian dan mendapati api berpunca dari dalam rumah kerana sengaja dibakar oleh isteri pertama Abdullah.

“Isteri pemilik rumah kesal sebab suaminya kahwin lain, dia tertekan sebab suami kahwin secara senyap-senyap sehingga dia mengambil tindakan membakar rumahnya sendiri”kata Yayan ketika dihubungi pemberita.

Sementara kerugian di anggarkan berjumla 16 juta rupiah bersamaan dengan enam ribu ringgit duit malaysia dalam kejadian itu

Hingga sekarang ini isteri Abdullah masih dalam jagaan pihak hospital dipercayai masih stress.
loading...