Ahad, 16 April 2017

Julia Perez 'Sering Lihat Toyol, Anak Kecil Di Hospital'

AKIBAT penyakit kanser yang dialaminya, penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez harus dirawat dan menginap di hospital sejak empat bulan lalu.

Namun ketika mendapatkan rawatan di hospital, pelbagai kisah pelik dialami oleh penyanyi berkenaan.

"Kata pengurusnya, Jupe (panggilan untuk Julia Perez) sering melihat toyol... anak kecil," ujar sahabat Jupe, Ustaz Zacky Mirza selepas melawatnya, lapor portal berita Indonesia, Liputan 6.

Dalam pada itu, kata Zackry lagi, Jupe juga sering mengungkapkan kata-kata yang aneh serta tidak masuk akal, selain berhasrat mahu sambung belajar.

Katanya lagi, sebagai sahabat beliau menyarankan agar Jupe mendekatkan diri dengan ALLAH dan memperbanyakkan zikir dan selawat.-Sinar Harian
loading...