Isnin, 3 April 2017

Jumpa Saya Kalau Tak Puas Hati: TMJ

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak laman sosial bola sepak tidak rasmi dan penyokong yang gemar melaga-lagakan peminat bola sepak di negara ini.

Tunku Ismail turut mencabar pihak tersebut berjumpa dengannya dan meluahkan sendiri rasa kurang senang mereka sekali gus menyelesaikan masalah yang ditimbulkan mereka.

"Saya akan pergi ke semua negeri untuk mesyuarat exco FAM dan sesi bersama penyokong. Kepada anda yang tidak berpuas hati boleh bertanya terus dan berkongsi pendapat dengan saya.


"Saya bukan individu yang suka bersembunyi dan tidak tahu apa-apa. Saya suka bersemuka dengan individu-individu seperti ini dengan cara ‘gentleman’ dan bersikap telus bagi menyelesaikan terus masalah atau persoalan dari anda semua demi meningkatkan mutu bola sepak dalam negara dan pasukan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook FAM.

Tunku Ismail mengulas mengenai segelintir penyokong yang sengaja mencetuskan isu sehingga menimbulkan pertelagahan dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini dan turut mengambil contoh isu pengendali Kedah Tan Cheng Hoe.

"Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh laman sosial tidak rasmi yang gemar melaga-lagakan penyokong seperti berita mengenai Tan Cheng Hoe.

"Saya hendak tegaskan ini bukanlah satu perancangan untuk menjatuhkan mana-mana pihak seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh laman tidak rasmi yang sehingga hari ini belum pernah berdepan dengan saya.

"Saya berharap penyokong pandai menilai sendiri siapa dan pihak yang mana yang selalu menguar-uarkan isu kecil daripada pihak yang memainkan peranan dan memberi sumbangan serta berkongsi pendapat, berdepan untuk bersama membantu merubah landskap bola sepak tempatan. Bukan hanya tahu melaga-lagakan penyokong sahaja," katanya.

Jelas Tunku Ismail, mentaliti penyokong sekarang perlu diubah dan seharusnya semua pihak bersatu untuk memperbaiki imej bola sepak tanah air.

"Saya tiada masa untuk melayan mentaliti seperti ini dan saya ada tugas lebih penting untuk dilakukan. Dan tugas tersebut adalah meningkatkan mut
loading...