Rabu, 19 April 2017

Kanak-kanak Berusia Setahun Didera Sehingga Patah kaki Dan Dibuang Oleh Ibu Bapa Kandung.

Saya tulis ini saja untuk kongsi apa yang saya rasa. Kelmarin saya lawat anak buah saya di hospital likas, wad melur 2. Tengah2-tengah melawat itu perasan katil anak kecil di sebelah ini tiada pelawat, anak kecil itu tengah tidur, dan terdapat hos bersambung di tepi perut (untuk susuan sebab dia tidak minum dari mulut tidak tahu kenapa sama ada sakit etc), serta kaki patah.

Atas mejanya kosong tiada tanda ada pelawat yang datang. Jadi saya tengok file anak kecil itu dia sudah admit di hospital likas sejak 2 february sampai ke hari ini. Kebetulan datang nurse untuk tukar pampers anak kecil itu, terdetik mahu tanya mana parents anak kecil ini.

Nurse itu cakap tiada, parents dia tidak mahu budak ini dan masa dijumpai pun budak itu dalam keadaan di dera lagi. Ya allah gugur jantung saya dengar rasa seperti disitu jugak macam mahu terkeluar air mata saya tapi saya tahan-tahan.

Kenapa sanggup tinggalkan anak sekecil itu yang masih memerlukan kasih manja dan belaian seorang ibu dan bapa. Mungkin anak kecil itu ada kekurangan, walaupun hidup kita susah dan tidak mampu sekurang-kurangnya gunalah tulang empat kerat untuk menjaga anak syurga itu, pampers anak kecil itu pun nurse yang tolong belikan, susu hospital yang provide.

Arini saya datang lagi pergi tengok anak kecik itu, untuk hantar sedikit derma keperluan yang boleh dia pakai, kebetulan sampai sana anak kecil itu sedang menangis tapi dengan suara yang perlahan sangat kesian, tapi tiada sesiapa di sisi dia untuk tenangkan dia, macam saya yang mahu meraung di situ rasa sedihnya, saya doakan semoga anak kecil itu akan sihat sepenuhnya dan akan menjadi SESEORANG suatu hari nanti.. sama-samalah kita doakan dia..

Masa pulang hati saya masih terkenangkn anak kecil itu jadi saya telefon kawan saya yang juga doktor di hospital likas itu, tanya-tanya pasal budak itu, kawan saya cakap “ya memang budak itu ditinggalkn dan di dera (patah kaki), kes ini sudah diurus dan akan diambil alih oleh pihak kebajikan. Sampainya kan hati orang tua buat begitu dengan anak kandung sendiri.

Mana tahu ada mommies yang ada kebetulan di hospital likas itu, jenguk-jenguklah adik itu dan doakan kesembuhan dia dan mana yang ada kemampuan itu dermalah barang-barang keperluan yang boleh digunakan oleh anak kecil ini. Anak kecil ini namanya Henry Jupili, umur 1 tahun 3 bulan, wad Melur 2 tingkat 3 bilik no. 2. Nombor katil saya lupa tengok, tapi katil dia sebelah kanan dekat dengan dinding itu, belakang kaunter nurse.

Saya bukan niat nak viralkan untuk keburukan tapi hati saya tersentuh mahu ada orang ramai untuk doakan kesembuhan dia dan bantu dengan ikhlas. Mungkin dia terpaksa berjuang sendiri sekarang di sana tanpa belaian dari orang-orang tersayang..

I hope you will get well soon henry..
loading...