Isnin, 3 April 2017

Kelar Leher Kekasih Hamil 6 Bulan Kerana Enggan Bertanggung Jawab.

Blitar: Seorang remaja Fitriatul Jannah 19 tahun yang ditemui maut dengan leher disembelih dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri bernama Fajar 21 tahun pada minggu lepas.

Suspek berjaya ditahan kelmarin kira-kira jam 12 tengah hari.

Hasil siasatan yang di nyatakan oleh pihak polis Blitar pembunuhan tersebut dilakukan secara tidak sengaja oleh suspek kerana panik selepas mangsa meminta bertanggung jawap ke atas kandungan mangsa yang sudah berusia 6 bulan.

Pada awalnya suspek mengajak mangsa untuk berjalan-jalan ke Daerah Kali Baba (tempat penemuan mayat mangsa) setelah berbincang seketika, mangsa meminta bertanggung jawap keatas kandungannya.

Suspek yang panik terus memeluk mangsa dari belakang dan mengelar leher mangsa dengan menggunakan plat motor yang dia temui di lokasi kejadian.

Untuk menghilangkan jejak, suspek telah membuangkan mayat mangsa ke sungai dan meninggalkannya.

Bagaimanapun suspek berkata dia tidak berniat untuk membunuh mangsa tetapi kerana disebabkan mangsa menjerit menyebabkan dia panik dan takut

Selain itu menurut suspek hubungan cinta mereka belum pun sampai 6 bulan.

“Dia meminta saya bertanggung jawap untuk berkahwin dengannya, saya tidak mahu kerana hubungan kami belum sampai enam bulan, kemudian dia menjerit”kata fajar.

Dalam kes ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci mengenai kes terbabit dan Fajar disabitkan dengan Akta 338 KUHP dengan hukuman 15 tahun penjara.
loading...