Ahad, 16 April 2017

Kening Bak Bulu Jadi Kegilaan Baharu Wanita

HELSINKI - FINLAND. Gurauan seorang jurusolek mengenai satu trend baharu merias kening kelihatan seperti bulu.

Tanpa disangka-sangka, kening berupa bulu itu mendapat reaksi positif masyarakat dunia, lapor mirror.co.uk

Mula memuat naik satu gambar di laman Instagram, beliau menamakan trend itu sebagai  #FeatherBrows, tanpa disangka foto tersebut menjadi tular dan orang ramai mula memuat naik gambar kening mereka mengikut trend tersebut.

“Nota kepada diri sendiri, apabila kamu memuat naik satu gambar jenaka bertujuan untuk memulakan satu trend kening yang pelik, orang akan menganggapnya serius dan mengikutinya.

“ Apa-apapun, terima kasih untuk semua sokongan dan kebencian,” tulisnya.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya cara membuat kening tersebut, mudah sahaja, anda hanya perlu mengasingkan kening kepada dua bahagian dan gunakan vaseline supaya ia kekal terbelah.-Sinar Harian
loading...