Khamis, 13 April 2017

Kerana Cemburu, Suami Bakar Rumah Isteri Sendiri.

KUALA LANGAT – Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak membakar rumah yang didiami isterinya sendiri di Jalan Masjid Lama Labuhan Dagang, Banting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.19 tengah hari itu, lelaki berusia 45 tahun berkenaan yang berada di bawah pengaruh dadah bertindak sedemikian selepas dipercayai bergaduh dengan isterinya gara-gara cemburu dengan wanita itu.

Difahamkan pasangan tersebut tidak tinggal sebumbung sejak hampir setahun lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sebelum kejadian, suspek telah pergi ke tempat kerja isterinya di sebuah sekolah di Bukit Canggang di sini.

“Suspek telah berjumpa isterinya yang bekerja di kantin sekolah itu dan memberitahu bahawa dia sakit kepala dan ingin me­numpang rehat di rumah wanita berkenaan.

Mangsa berusia lingkungan 40-an kemudiannya membawa lelaki terbabit pulang ke rumahnya.

“Selepas kira-kira satu jam berada di rumah ter­babit, suspek telah mene­lefon mangsa supaya pulang segera ke rumah.

Setibanya mangsa di rumah, berlaku pergaduhan antara kedua-dua mereka dipercayai akibat cemburu menyebabkan mangsa dipukul,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.-Kosmo
loading...