Selasa, 25 April 2017

Komen Ahli Perubatan Islam Mengenai Kesihatan Jupe Buatkan Ramai Terkejut.

Keadaan Julia perez semakin hari semakin membimbangkan, sebelum penyanyi dangdut Aku Rapopo itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu terdapat seorang Pakar Perubatan Islam, Mbah Mijan berhubung dengan perkara mistik telah mengaitkan kesihatan Jupe yang ketika ini semakin nazak memiliki hubungan dengan amalam khurafat yang pernah di lakukan oleh Jupe.

Menurut Mbah Mijan, Jupe diketahui sempat melakukan beberapa siri ritual untuk mendalami peranannya dalam sebuah filem bertajuk titisan Suzana dan Nyi Roro Kidul.

Dalam ritualnya yang lalu, Jupe sempat memakan bunga melati dan berendam di Laut Selatan. ritual tersebut menurut Mbah Mijan bukanlah sesuatu yang main-main sehingga kesan dari ritual tersebut pun juga memberikan kesan yang tidak baik.

“Mbak Jupe pernah menjalani ritual jadi titisan Suzana dan titisan Nyi Roro Kidul kan? Kebetulan ritual tersebut bukanlah sesuatu yang boleh main-main, jadi kesannya juga sudah pastilah teruk ” kata Mbah Mijan kepada NOVA.id  pada Isnin yang lalu.

Bagaimanapun Mbah Mijan menyarankan agar Jupe segera berjumpa dengan Pakar Perubatan Yang Berkait Alam Mistik yang boleh menghilangkan kesan ritual itu.
loading...