Jumaat, 14 April 2017

Korea Utara Akan Ajar Amerika Syarikat Tanpa Belas Kasihan

Kereta kebal tentera Amerika Syarikat sedang menjalani latihan ketenteraan di Paju, berhampiran sempadan dengan Korea Utara, Korea Selatan.

Tentera Korea Utara berikrar akan bertindak tanpa belas kasihan terhadap sebarang provokasi AS, kata agensi berita rasmi negara itu hari ini ketika ketegangan memuncak berikutan program nuklear haram Pyongyang.

Kenyataan KCNA yang menyebut mengenai serangan peluru berpandu Washington ke atas Syria baru-baru ini, berkata pentadbiran Presiden Donald Trump sudah "masuk ke fasa ancaman terbuka dan ugutan terhadap DPRK.

" Trump baru-baru ini mengancam untuk mengambil tindakan satu pihak terhadap Pyongyang jika Beijing gagal membantu membendung program senjata nuklear jirannya itu.


Korea Utara sudah menjalankan satu siri pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan wujud spekulasi ia sedang membuat persiapan untuk satu lagi ujian atom atau peluru berpandu.-Berita Harian Online
loading...