Sabtu, 8 April 2017

Lelaki Diugut Mak Nyah Selepas Lakukan Seks

Kuala Lumpur: Lelaki, 24, diugut seorang mak nyah selepas melakukan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Permai, Cheras, di sini, Khamis lalu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pemandu Grabcar berjumpa dengan pondan terbabit di kawasan rumah sewa berkenaan sebelum bersetuju melakukan hubungan seks.

"Tanpa mangsa sedari, suspek merakam video ketika mereka sedang melakukan hubungan seks kira-kira jam 4 pagi.

"Mangsa menerima panggilan daripada suspek sejam kemudian yang meminta wang sebanyak RM1,000 jika tidak mahu video itu tersebar," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang enggan memberikan wang diminta suspek menyebabkan dia menghubungi bapa lelaki berkenaan.

"Suspek juga mengugut akan membuat kecoh di tempat kerja bapa mangsa sekiranya dia tidak memenuhi tuntutannya," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Katanya, susulan laporan itu, suspek berusia 28 tahun ditahan Jumaat lalu di Harian Metro bilik sewa di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, pada jam 1.30 petang untuk siasatan lanjut.- Harian Metro

loading...