Ahad, 2 April 2017

Lelaki Kantoi Rakam Video Seorang Wanita Dalam Tandas Awam.

Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas seorang lelaki dikesan membuat rakaman ketika berada dalam tandas wanita dekat sebuah pasar raya di Bahau tengahari tadi.

Kejadian sekitar jam 12.45 tengahari, wanita berusia 21 tahun itu menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas sebelahnya seperti flash kamera.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang curiga dengan keadaan itu cuba melihatnya dengan teliti kemudian ternampak tangan yang sedang memegang telefon.

“Mangsa terkejut apabila aksinya didalam tandas dirakam (video). Berang dengan keadaan itu mangsa bertindak mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon.

“Seterusnya, mangsa menendang pintu tandas itu yang mana seorang lelaki berada didalamnya yang sedang memegang telefon bimbit,” katanya selepas mengesahkan laporan hari ini.

Noorzainy berkata, tanpa lengah mangsa merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong. Suspek kemudiannya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
loading...