Isnin, 24 April 2017

Mayat Bayi 6 bulan Atas Jembatan

Mayat bayi lelaki dipercayai berusia enam bulan ditemui dalam satu bungkusan plastik hitam di atas jambatan Jalan Parang, Pelabuhan Utara, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat yang dihubungi, berkata, mayat bayi itu ditemui pada kira-kira jam 9.50 pagi itu oleh seorang juruukur jalan, Muhammad Nurilham Khairudeen, 26, yang sedang membuat kerja penyelenggaraan.

“Ketika pengadu bersama pekerjanya membuat penyelenggaraan mengukur jalan di atas jambatan Jalan Parang, Pelabuhan Utara, beliau ternampak satu bungkusan plastik hitam.

“Pengadu yang memeriksa bungkusan plastik itu kemudian mendapati ia mengandungi mayat bayi berkenaan.

“Pengadu yang tidak pasti jantina dan bangsa bayi itu terus membuat laporan polis manakala tiada saksi atau kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, hasil siasatan forensik mendapati terdapat kesan cedera dan luka pada sebelah kanan perut bayi itu, bagaimanapun punca kecederaan berkenaan belum dapat dipastikan.

Katanya, ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu sempurna selain uri masih ada bersamanya.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi urusan bedah siasat yang akan diadakan pada Selasa ini.


“Perkembangan siasatan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran,” katanya.
loading...